Wednesday 12 August 2015

KITA ?

Bismillah.
Aku lihat,
Kita terlalu mengagung-agungkan tamadun barat sehingga kita lupa akan tamadun kita sendiri.
Aku sedih kerna,
Kita terlalu teruja untuk mengambil iktibar dari tamadun lain sehingga kita meninggalkan tamadun kita sendiri.
Dan aku kecewa kerana
kita lebih suka untuk bercerita kelebihan tamadun lain berbanding tamadun sendiri.
Sedangkan, Tamadun Islam pernah menguasai 2/3 dunia.
Hmm. Sejarah islam? Berapa banyak yang kita hayati? frown emoticon
Sirah bukan sekadar untuk dibaca, dihafal dan di "muntah"kan di atas kertas peperiksaan tapi untuk dihidupkan dalam hati kita.
Bila kita baca sirah islam , kita akan tahu peranan kita sebagai Muslim.
Bila kita hayati sirah Islam, kita akan tahu bagaimana Rasulullah , para sahabat dan umat islam terdahulu berusaha untuk mempertahankan Islam.
Dan bila kita hidupkan sirah Islam dalam jiwa kita, kita akan sedar Islam ini bukan untuk diri sendiri, keluarga tapi untuk SELURUH ALAM.
Masih banyak lompong dalam diri kita as a muslim. Tp, masih belum terlambat untuk mengisi lompong2 tu smile emoticon
*Antara kitab yang dicadangkan untuk dibaca ialah حقبة من التاريخ.*
Perjuangan kita baru sahaja bermula.

Muat turun pdf :http://ia800302.us.archive.org/25/items/waq105394/105394.pdf


No comments:

Post a Comment