Wednesday 12 August 2015

PEMBENTANGAN : Biah Solehah

CARA MEWUJUDKAN BIAH SOLEHAH DALAM KOMUNITI PERMAI.

oleh : Daie2 Pisang

Antara point yang dibincangkan ialah :

1. Memantapkan aplikasi 3S.

3S ialah senyum , sapa  , salam.

Budaya ini sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Namun, amat menyedihkan budaya 3S ini semakin hari semakin pudar. Ia sudah tidak lagi menjadi budaya di kalangan ahli PERMAI. Kesannya, hubungan sesama ahli PERMAI tidak seakrab dulu, tidak seintim dulu .(baca: akhawat dengan akhawat, syabab dengan syabab)

Adakah budaya ini ditelan zaman? Adakah adat dibawa arus modenisasi? Atau  ego yang bertakhta dalam diri?

tepuk dada , tanya diri sendiri.

Masalahnya , bukan siapa yang harus mulakan 3S. Namun, pointnya AKU YANG PERLU MULAKAN DAHULU.

2. Ubah sikap dan mentaliti.(open minded)

Bagaimana untuk mewujudkan biah solehah sekiranya masing-masing tidak boleh menerima pendapat dari golongan yang lain?

Ya . TAK SALAH ADA PRINSIP TAPI JANGAN TAKSUB.

Kerana ketaksuban tu menghalang kita untuk menerima teguran orang lain yang bukan dari kelompok kita dan menghalang kita dari menerima pendapat orang lain.

Hasilnya?

salah faham sering berlaku antara kelompok dengan kelompok yang lain.

Sebab itu pentingnya kita untuk mengubah sikap dan mentaliti serta tidak berada di dalam kelompok kita sahaja.

Bertebaran lah kamu mencari kawan . hehe

3.Baitul Muslim.(ukhuwah)

Baitul Muslim disini bukanlah PERKAHWINAN tapi UKHUWAH DI ANTARA AHLI RUMAH.

Pelajar PERMAI majorotinya tinggal bersama kawan- kawan di dalam rumah sewa. Jadi, ia akan menjadi salah satu platform untuk melahirkan biah solehah di kalangan ahli PERMAI.

Macam mana?

Terapkan biah soleh di dalam rumah terlebih dahulu. contohnya , solat berjemaah , membaca alquran , tazkirah , menjaga kebersihan , menjaga percakapan, saling menghormati dan sebagainya.

4.Pembudayaan Ilmu

Kadang kita bukannya tak tahu. Tapi kita lupa.

kadang kita bukannya lupa. Tapi kita malas.

Ilmu sudah ada tapi kenapa nak kasi bersarang dalam kepala?

dan kadangnya kita tahu yang kita tak tahu. Tapi kenapa kita tak nak mencari?


Kesiannya ilmu T_T


Jom kita muhasabah balik diri kita. 

Ya. kita perlukan masa untuk mewujudkan biah solehah. 

Tapi, itu tidak bermakna kita tak boleh berusaha, kan?

MOGA ALLAH REDHA.













No comments:

Post a Comment