skip to main |
skip to sidebar
PEMBENTANGAN : Ikhtilat
PUNCA BERLAKUNYA IKHTILAT DI KALANGAN AHLI PERMAI DAN CARA MENGATASI
oleh : Daie2 Durian
Antara puncanya ialah :
1. Mereka menggunakan alasan study untuk berikhtilat.
Mereka akan berjanji di satu tempat seperti perpustakaan dan kedai makan.
Kononnya ,mereka berjumpa atas alasan study . Namun, lain pula yang terjadi.
Bila ditegur , akan mereka akan melenting dan mengatakan mereka hanya berjumpa untuk study bukan untuk melakukan apa2 yang tidak elok.
2. Tiada siapa yang berani menegur.
Bila melihat kemungkaran berlaku seperti situasi di atas (poin pertama) , kita risau untuk menegur terutamanya melibatkan kawan sendiri.
Kita takut hubungan kita dengan kawan tersebut akan hancur sekiranya kita menegur kesalahan mereka.
3. Tak takut tuhan.
Orang yang mengaku dirinya takut akan tuhan , tidak akan melakukan perkara yang tidak baik.
orang yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah , seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik.
4. Kurang ilmu agama.
kadang-kadang orang yang berikhtilat ini , mereka tidak tahu akan batas2 dalam ikhtilat. Malah , ada yang tidak tahu bahawa adanya batas dalam pergaulan.
Jadi , setiap orang haruslah memainkan peranan penting dengan membimbing rakan-rakan mereka supaya mereka tidak terus hanyut dalam kejahilan.
5. Faktor Kawan
Dan cara untuk menyelesaikan :
1. Pemimpin persatuan harus memainkan peranan.
Terapkan akhlak-akhlak yang mulia dalam kalangan ahli PERMAI
Turun padang . Lihat sendiri bagaimana kehidupan ahli PERMAI .
Post di media sosial tentang ikhtilat.
Mengadakan pelbagai majlis ilmu.
2. Batch
Pemimpin batch boleh menjadi perantara antara ahli PERMAI dengan pimpinan PERMAI untuk menyelesaikan masalah ini.
3. Rakan
Bimbing rakan-rakan yang tidak tahu akan hukum hakam.
jangan biarkan mereka terus hanyut.
Sekian sahaja, moga ALLAH redha ;)
No comments:
Post a Comment