Friday 16 June 2017

TRAVELOG UMRAH#2 : ALLAH TERIMAKAH AKU?

بسم الله الرحمن الرحيم.


So, in 7th March I decided to register for Umrah under Umrah Akram.


Kenapa Umrah Akram? 


Sebabnya :


1. Ramai kawan-kawan yang dah join under Umrah Akram ni.

 So, it is trusted agency . Cenggini haa👍

2. Mutowwifah tu my senior. Hew hew.

3. Ada banyak tawaran menarik.


Antaranya :

1. Dapat duit belanja SAR 100 ( bagi yang daftar terawal) dan SAR 90 bagi yang daftar terlewat sikit.

Jadi, siapa cepat dia dapat !

SAR 100 ni cukup untuk makan banyak kali. 

Tambahan lagi, kalau pergi bulan Ramadhan. Jarang sekali je keluarkan duit. Sebab ramai yang akan bagi Makanan untuk Sahur dan Ifthor.- kata sahabatku


2. Dapat buku panduan umrah.


Penting ni !

Terutamanya untuk newbie macam saya. 


3. Dapat sebotol air zam zam. 10 litre kau ! 


Kalau di Jordan, harga sebotol Air Zam Zam 5 JD. Kalau di Malaysia? Hew hew.

But i can get free. الحمدلله 


4. One day free without any charge. Wow ! 

Bayar untuk 11 hari tapi dapat percuma 1 hari.

So, dapat pergi sana 12 hari.

Bila dah daftar. Ada beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk memohon visa.



Antara dokumen yang diperlukan ialah : 

1. Passport

2. Iqomah ( Student Visa)

3. Gambar passport background putih. ( satu sahaja)

4. Yuran : 230 JD.


230 JD lebih kurang RM 1400

Murah kan dari Pakej Umrah dari Malaysia?

Of course ! 

Sebab kami akan ke Haramain dengan bas bukan flight.

New experience guys😙

Mesti ada yang terkejut kan? 

Haha. Tutup sikit mulut tu. Masuk lalat nanti. 

Jordan ke Haramain dekat je.

Perjalanan hanya satu HARI sahaja. 

Haha. Ya.

Bertolak pagi hari ini. Pagi esok baru sampai.

Cannot wait ! Wuhuu.

Ops sebelum terlupa. Pasti ada yang tertanya-tanya 230JD tu bayar untuk apa ya?

230JD tu sebenarnya untuk pengangkutan, penginapan dan mazarat sekitar Haramain.

Berbaloi bukan ? 

Selesai penyerahan dokumen, boleh tarik nafas lega sikit. Fuh! 

Bak kata orang puteh "one step done"

Mutowiffah sentiasa ingatkan untuk kami selalu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. 

Penyerahan dokumen bukanlah bermakna kami CONFIRM akan ke sana. Banyak lagi yang perkara yang perlu dibuat.

Tunggu kelulusan visa.

Semoga segala urusan licin sahaja.

Sahabat saya kata sekiranya Allah nak jemput kita sebagai tetamuNya. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusannya.

Allah. Mahukah engkau menerimaku sebagai tetamuMu ?
Izinkan aku ke sana Ya Allah. 

Nota Kaki : Untuk menjadi tetamu Allah. Pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Perkara yang paling penting ialah berdoa, berdoa dan berdoa. Kerana apa? Boleh saja visa kita tidak diluluskan. Atau ada masalah dengan syarikat. Nauzubillah. Apa-apa pun. Yakin dan terus berdoa .

No comments:

Post a Comment