Saturday 16 September 2017

TRAVELOG UMRAH#9 : PERJALANAN MENUJU MADINAH

Bismillah.

Setelah melalui perjalanan yang agak lama, akhirnya kami tiba di hudud(sempadan Jordan-Saudi).
Di sini, kami berhenti seketika untuk :

  • Berehat dan makan.
  • Dapatkan cop kastam (penting sekiranya mahu masuk ke negara Saudi)
  • Pemeriksaan keselamatan 
Di sini tiada restoran yang disediakan, namun hanya ada kedai runcit kecil di sepanjang jalan sahaja.
Nasib baik agen kami telah menyediakan makanan berat untuk kami.
Sekiranya tidak, mungkin kami akan kelaparan.

Namun, ada antara kami yang membawa makanan sendiri dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Meriah tampaknya dengan beraneka kuih dan makanan.

Kami perlu memasuki bangunan di situ dan beratur panjang ( sebab ramai orang) untuk mendapatkan cop kastam.

Bagi yang memakai purdah, kami dinasihati untuk tidak memakai purdah sebelum turun dari bas lagi untuk memudahkan urusan di sana nanti ( kerana mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai sekiranya memakai purdah) semasa pemeriksaan keselamatan.

Setelah selesai urusan di bangunan itu, kami menaiki bas semula untuk ke satu lagi tempat pemeriksaan.

 Di sini, kami diminta untuk mengeluarkan semua barang dari bas dan membuka beg pakaian untuk diperiksa.

Kami dinasihati agar banyakkan berdoa di sini kerana boleh jadi akan mengambil masa hampir 5 jam sekiranya ramai orang pada waktu itu.

Alhamdulillah, pada waktu itu, hanya bas kami sahaja. Tidak bertembung dengan mana-mana bas Arab.Mungkin kerana kami bergerak pada hari sekolah bukannya pada hujung minggu.

Setelah selesai segala urusan, kami pun bergerak memasuki Saudi.

Matahari pun sudah tegak berdiri. Namun, bayangan madinah masih belum kelihatan. Hati kami berdebar-debar menandakan sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Madinah.

Kami sampai di Madinah beberapa jam sebelum azan berkumandang.

Setibanya kami di situ, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan gembira dan syukurnya kami.

Air mata kegembiraan menitik kerana tidak menyangka impian sewaktu kecil untuk datang ke sini tercapai pada usia 21 tahun.

"Terima Kasih Ya Allah untuk nikmat ini".



No comments:

Post a Comment