Showing posts with label umrah akram. Show all posts
Showing posts with label umrah akram. Show all posts

Saturday, 16 September 2017

TRAVELOG UMRAH#9 : PERJALANAN MENUJU MADINAH

Bismillah.

Setelah melalui perjalanan yang agak lama, akhirnya kami tiba di hudud(sempadan Jordan-Saudi).
Di sini, kami berhenti seketika untuk :

  • Berehat dan makan.
  • Dapatkan cop kastam (penting sekiranya mahu masuk ke negara Saudi)
  • Pemeriksaan keselamatan 
Di sini tiada restoran yang disediakan, namun hanya ada kedai runcit kecil di sepanjang jalan sahaja.
Nasib baik agen kami telah menyediakan makanan berat untuk kami.
Sekiranya tidak, mungkin kami akan kelaparan.

Namun, ada antara kami yang membawa makanan sendiri dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Meriah tampaknya dengan beraneka kuih dan makanan.

Kami perlu memasuki bangunan di situ dan beratur panjang ( sebab ramai orang) untuk mendapatkan cop kastam.

Bagi yang memakai purdah, kami dinasihati untuk tidak memakai purdah sebelum turun dari bas lagi untuk memudahkan urusan di sana nanti ( kerana mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai sekiranya memakai purdah) semasa pemeriksaan keselamatan.

Setelah selesai urusan di bangunan itu, kami menaiki bas semula untuk ke satu lagi tempat pemeriksaan.

 Di sini, kami diminta untuk mengeluarkan semua barang dari bas dan membuka beg pakaian untuk diperiksa.

Kami dinasihati agar banyakkan berdoa di sini kerana boleh jadi akan mengambil masa hampir 5 jam sekiranya ramai orang pada waktu itu.

Alhamdulillah, pada waktu itu, hanya bas kami sahaja. Tidak bertembung dengan mana-mana bas Arab.Mungkin kerana kami bergerak pada hari sekolah bukannya pada hujung minggu.

Setelah selesai segala urusan, kami pun bergerak memasuki Saudi.

Matahari pun sudah tegak berdiri. Namun, bayangan madinah masih belum kelihatan. Hati kami berdebar-debar menandakan sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Madinah.

Kami sampai di Madinah beberapa jam sebelum azan berkumandang.

Setibanya kami di situ, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan gembira dan syukurnya kami.

Air mata kegembiraan menitik kerana tidak menyangka impian sewaktu kecil untuk datang ke sini tercapai pada usia 21 tahun.

"Terima Kasih Ya Allah untuk nikmat ini".



Tuesday, 12 September 2017

TRAVELOG UMRAH #8 : HARI YANG DINANTIKAN.. HARI INI.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebelum azan subuh berkumandang, ku gagahkan diri mengambil wuduk. Segera menunaikan solat sunat. Mengaji Al-Quran sambil menanti azan subuh.

Itulah rutin harianku. Namun, hari ni sedkit berbeza daripada sebelumnya.

Ya. Hari ini ialah hari yang sangat berharga untukku dan rakan-rakanku yang lain. Kami akan berangkat ke Tanah Suci tepat jam 1 petang.

Sebelum berangkat ke sana, aku akan pastikan segala urusan telah pun selesai sebelum meninggalkan bumi Irbid ini. 

Antaranya :

  • Membayar hutang
  • Mengemas rumah
  • Membasuh baju yang kotor
  • Membuang sampah
  • dan macam-macam lagi.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 24 Jam. Perjalanan yang agak jauh.

Perjalanan ini mengajar aku untuk sabar, sabar dan terus sabar. 24 Jam berada di dalam bas bukanlah senang. Tambahan pula di bulan Ramadhan.

Jadi, sebelum berangkat kita perlu sediakan fizikal dan mental sebaiknya.

Bagaimana ?

Fizikal :

  • Bersahur dengan secukupnya.
  • Menjaga kesihatan agar tidak sakit di dalam perjalanan.
Mental :

  • Sentiasa berfikiran positif.
Banyak masa yang terluang sepanjang perjalanan untuk ke sana. Isilah dengan sebaik mungkin agar masa itu tidak berlalu begitu sahaja.

Ambillah kesempatan ini, untuk membaca buku, mengaji al-quran dan mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain.



Thursday, 29 June 2017

TRAVELOG UMRAH#7 : SAAT-SAAT TERAKHIR

بسم الله الرحمن الرحيم

25 Mei - Kami mendapat khabar gembira daripada Team Umrah Akram.

Visa telah dikeluarkan.

Alhamdulillah.

Kemudian kami dibahagikan kepada 4 bas. 

Yes 4 bas ! MasyaAllah ramai kan ?

Tapi yang paling best kami boleh pilih nak naik bas dengan siapa.
Jadi, maksudnya kami boleh berpakat nak duduk dengan siapa di dalam bas nanti.

Kami juga dimaklumkan bahawa kami akan ke Madinah terlebih dahlu selama 2 malam dan kemudian akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

Moga dipermudahkan.

gambar kredit ; Umrah Akram.

Nota Kaki : Tanpa visa, kita tidak akan dapat masuk ke Saudi

TRAVELOG UMRAH#6 : DAH CUCUK VAKSIN KE BELUM?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami dinasihatkan agar mengambil vaksin sebelum ke Haramain.

Kenapa?
Di sana kita akn berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai negara. Digemparkan ada satu wabak penyakit yang memberhaya telah tersebar di Afrika.

Katanya wabak ini boleh menyebabkan KEMATIAN.

Jadi, vaksin ini penting untuk menghalang wabak daripada masuk ke dalam badan kita.

Sayang diri sendiri atau tidak?
Kalau sayang. apa salahnya spend lebih sikit untuk vaksin. tidak begitu?

Vaksin ini akan bertahan selama 3 tahun.
Ini bermaksud sekiranya kita mahu ke Haramain lagi dalam masa 3 tahun ini, kita tidak perlu mengambil vaksin ini lagi.

Jadi, apa yang perlu disediakan?

1. 15 JD (bayaran vaksin)
2. 4 JD (harga teksi pergi balik. Bergantung kepada pak cik teksi.)
3. Kekuatan. (Arab ni pelik sikit cara dia cucuk vaksin. Boleh pengsan sebab terkejut. Bukan sebab sakit. Believe me~)

Nak pergi ke sana, macam mana? 

Walaupun Irbid ini adalah bandar, tetapi tempat cucuk vaksin ini sangatlah terpencil.

Jadi, jangan sesuka hati tahan mana-mana teksi dan masuk ke dalam teksi itu.
Tapi, bertanya terlebih dahulu sama ada pemandu teksi kenal atau tidak akan tempat itu.

Sebab apa?
Sebab ramai yang dah sesat dan akhirnya pak cik teksi minta bayaran yang agak mahal.

Fuh! Dia yang tak kenal jalan. Kita yang kena tanggung banyak kos. haha. Biasalah tu.

Jadi, untuk ke sana kita perlulah memberitahu Pak Cik Teksi , nama tempat itu iaitu تطعيم العام للعمرة.
Kalau Pak Cik tu tak kenal, bagitahu dia tempat tu berdekatan dengan Hospitan Amirah.

Banyakkan berdoa. InsyaAllah sampai :)



Nota kaki : Jangan lupa simpan resit vaksin tersebut. Sebagai bukti yang kita sudah pun mengambil vaksin. Sekiranya tidak, kita akan dipaksa untuk makan satu ubat di Hudud(Sempadan).

Wednesday, 28 June 2017

TRAVELOG UMRAH#5 : BARANG KEPERLUAN. JANGAN TERTINGGAL !

بسم الله الرحمن الرحيم
Vaksin?
Dah !
Belajar tentang umrah?
Alhamdulillah dah !
Tukar duit?
InsyaAllah cukup!
Beli barang?
Yeah. Almost done!

Sekarang masa untuk packing.
List panjang dikeluarkan. Supaya tidak tertinggal apa-apa .

Antara barang yang dibawa ialah ;
1. Resit vaksin (sebagai bukti kita sudah cucuk vaksin)
2. Iron (digalakkan berkongsi dengan kawan-kawan)
3. Extension (jika perlu)
4. Adapter (Di saudi plug 3 pin)
5. Ubat-ubatan (penting sekiranya berlaku kecemasan)
6. Slipper 
7. Stokin tebal untuk tawaf dan saie.
(Sebab kaki mudah sakit bila tawaf dan saie)
8. Spek hitam (Matahari di Haramain begitu tinggi dan terik)
9. Gunting ( untuk tahallul)
10. Sejadah kecil (supaya senang untuk dibawa dan diguna)
11. Botol spray (untuk ambil wuduk sebab tempat wuduk agak jauh darj tempat solat terutamanya di Mekah)
12. Baju yang secukupnya.
13. Seluar yang secukupnya.
14. Makanan.

TRAVELOG UMRAH #4 : LINK TAKLIMAT UMRAH

بسم الله الرحمن الرحيم 
🔮LINK TAKLIMAT UMRAH🔮
Pada 12 Mei 2017 telah berlangsungnya Taklimat Umrah oleh Maulana Nasaie dan Ustaz Arif Izuddin di Bayt Safa.

Berikut merupakan link rakaman taklimat tersebut :
.
Taklimat Pengurusan
 https://www.facebook.com/groups/582261458596090/permalink/791232984365602/
Taklimat umrah (Maulana Nasaie)
https://www.facebook.com/groups/582261458596090/permalink/791196464369254/
....
Link tersebut merupakan rakaman semasa Taklimat Umrah tempoh hari  oleh mutowwif dan Maulana Nasaie.
Kedua-dua taklimat ini sangatlah penting kerana ia akan menceritakan perjalanan dari Jordan ke Haramain, barang keperluan dan sebagainya.

TRAVELOG UMRAH#3 : BERSEDIAKAH AKU?

بسم الله الرحمن الرحيم
"Akak, nak gi umrah kena ready ape?"
"Ilmu"
"Okay. Done. Lagi?"
"Iman"
"Lagi?"
"Get ready fizikal dan mental"
Aku ketawa kecil. 
"Akak, saya nak pergi Umrah. Kenapa kena sedia fizikal ngan mental?"
Kak tiqa tersenyum kecil.
"Kat sana nanti. Kamu nak beribadah. Kalau sakit, macam mana nak beri abadah? Tambahan pula, nak tawaf dan saie perlukan tenaga yang cukup. Unyuk cukupkan 7 pusingan"
Sambungnya lagi
"Di sana nanti, kita akan diuji. Sabarkah kita? Mampukah bertahan? "
Terdiam sepi.
"Betul juga kata kak tiqa"- monolog dalaman. 
Di saat itu, hati semakin berdebar menanti hari yang bakal tiba.
Mampukah aku? Bersediakah aku?

Terima kasih team Umrah Akram untuk buku panduan ini
Sangat berguna untuk kami :)

Untuk mengerjakan umrah, kita perlulah mengetahui pantang larang semasa mengerjakan umrah, sunat-sunat ketika menjalankan ibadah umrah dan yang penting sekali ialah mengetahui RUKUN-Rukun UMRAH supaya umrah kita sempurna dan diterima oleh Allah SWT. Boleh dapatkan buku Panduan Menunaikan Umrah di kedai berdekatan :)

Wednesday, 14 June 2017

TRAVELOG UMRAH#1 : ADA APA DI SANA?

بسم الله الرحمن الرحيم



Musim peperiksaan akhir bakal tiba.
Menandakan universiti akan bercuti tidak lama lagi.

Ada yang mulai menghitung hari untuk pulang beraya di samping keluarga tersayang.
Ada yang menghitung detik untuk terbang ke negara orang bermata biru.

Ada yang masih berkira-kira. Mahu pulangkah atau kekal di Irbid.

Begitu juga dengan aku.
Mahu beraya di Malaysia bersama umi dan ayah atau beraya di UK bersama kakak atau beraya di Irbid sahaja bersama kawan-kawan yang lain.

Pening ! 

Mahu pulang. Tapi,  Ahli Majlis Tertinggi PERMAI ramai yang pulang ke Malaysia. Maka berHuhu lah.

Dilema bila memegang jawatan. Haha

So, i decided to stay in Irbid.

But for a month ? 
(Beginilah terjadi bila tak pernah tak keluar Irbid kalau cuti.)

But.. suddenly.

Ternampak iklan di Ruang Iklan Irbid tentang Umrah pada bulan Ramadhan oleh Umrah Akram.

Macam menarik tu. Pada bulan Ramadhan pulak tu. Dah lama teringin mahu ke sana.

Sebelum ini, selalu mendengar dari rakan-rakan sahaja berkenaan Haramain.

"Betapa hati akan tertaut kepada Haramain."
"Dan hati akan rindu apabila pulang dari Haramain."
"Begitulah betapa hebatnya penangan cinta Haramain."

Allah.

Ada apa di sana? 
Mungkinkah aku berpeluang? 

Kata sahabatku, "Doa banyak-banyak."


Nota kaki : Kaabah yang terletak di Masjidil Haram bukanlah sekadar kotak hitam yang biasa. Namun, kaabah itu merupakan kiblat bagi umat Islam. 


MasyaAllah ! 



<